• Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya (Hamka)
• Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya (Aristotle)
• Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum (Aristotle)
• Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam (Budiman)
• Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras (Hamka)
• Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya (Hamka)
• Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya (Hamka)
• Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati (Imam Al-Ghazali)
• Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir (Hamka)
• Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi (Hamka)
• Kata Hukama, Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan (Hamka)
• Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati (Hamka)
• Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu (Hamka)
• Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya (Maksud hadis)
Mempersiapkan Perlengkapan Bayi Kembar
-
Buat ibu baru seperti saya, pasti masih awam apa-apa saja yang harus
disiapkan untuk kelahiran calon adik bayi yang sebentar lagi akan
dilahirkan dari rah...
8 tahun yang lalu