Hadis Nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Senin, 08 Juni 2009

ISTRI SOLEHAH

Hak-Hak Suami Dari Isterinya
Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan, dan kesempurnaan dirinya, rumahtangga serta anak-anak
Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghomati dan menyayangi keluarganya sendiri.
Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri
Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami
Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semua jadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama.
Isteri sedia memberikan layanan kasih sayang dan sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.
Isteri yang sentiasa menjaga rahasia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya
Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau mengerjakan puasa sunat.
Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan
Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya
Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.
Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.
Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila di perlukan
Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suaminya.
Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya suami dari keperluannya sendiri
Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuataannya
Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang

4 komentar:

  1. Sungguh bahagia seorang suami yang memiliki seorang isteri yang sholihah. Bahagia lahir dan bathin. Bahagia dunia dan akhirat.

    BalasHapus
  2. Sungguh bahagia seorang lelaki yang mempunyai seorang yang sholihah. Bahagia lahir dan bathin, bahagia pula di dunia dan di akhirat.

    BalasHapus
  3. Wahai saudaraku....
    Laki2 yg baik dan shaleh akan datang kepadamu dgn kerendahan hati memohonkan maaf, menawarkan kepadamu hubungan yg halal dan terhormat. Ia datang untuk meminang dan mengawinimu.

    BalasHapus
  4. Kepada saudariku...
    Laki-laki baik dan shaleh akan datang kepadamu dgn segala kerendahan hati memohonkan maaf, menawarkan kepadamu hubungan yg halal dan terhormat....Ia datang untuk meminang dan mengawinimu...

    BalasHapus